Heartbeat

Selasa, 23 Julai 2013

bubur beluluk

Assalamu'alaikum....
Hari ni hari ke-14 berpuasa bagi tahun 1434H..

Siang tadi biasalah borak-borak ngan kawan-kawan sementara menunggu giliran masuk kelas...topik hot bulan Ramadhan mestilah menu berbuka..bertanya khabar menu masing-masing...hari ni yang bestnya menu berasaskan buah kabung..atau beluluk atau buah enau panggilan orang selatan.
buah dia memang sedap,..tahun lepaspun ada menu ni dalam juadah berbuka..juadah popularlah kat rumah saya setiap kali ramadhan...yang anehnya hanya dalam bulan puasa jer, jumpa buah ni..bulan-bulan biasa payah walau kekadang ada juga ternampak kat pasar raya tapi tak teringin pulak nak makan sebagaimana teringinnya nak makan kalau dalam bulan puasa.

Dulu masa kecik-kecik pernah juga tengok mak proses buah ni... susah juga tau, silap-silap seluruh badan kegatalan...Nak dapatkan buah ni juga bukan senang...pokoknya memang banyak terbiar di kampung-kampung..nira daripada tandannya macam juga nira kelapa, boleh di minum atau dibuat cuka lebih-lebih lagi dibuat gula seperti gula melaka... sebut pasal gula melaka ni teringat seorang arwah bapa saudara yang selalu buat gula kabung ni.( semoga Allah cucuri rahmatNya untuk roh allahyarham)..rindunya suasana tu..

Berbalik pada proses nak dapatkan buah beluluk ni..kena panjat beb...pokoknya tinggi .. dah dapat buahnya perlulah dibakar atau direbus barulah boleh dikeluarkan isinya dan di masukkan ke dalam air sejuk..(sekarang ni dah ada orang jual kat gerai-gerai tepi jalan dalam bulan puasa ni)
Dah tu buah ni perlu dimasak terlebih dahulu... masa ni taruklah pewarna apa yang disukai...selalunya merahlah yang menarik...sekali pandang macam permata delima je..kalau nak makan biasa taruklah gula agar rasanya manis..sebelum makan sejukkan dulu atau maasukkan ketulan ais...ermmm sedap...

Tapi hari ni nak cuba buat kelainan hasil idea Cik Mi..buat ala-ala bubur... guna santan dan gula kabung ...perghhh lagi menyegat rupanya,..lebih-lebih lagi setelah disejukkan atau dimasukkan ketulan ais...cubalah....




Tneringat pula mak pesan:"" kalau x habis kang boleh bawa balik...tinggal ke ulor lipan..dia gemor ngat" ..Hai silap-silap ada yang kata mak ada bela/ternak ular dan lipan.hihi
Jangan tak tahu ni bahasa orang Pekan.errr mungkin bahasa mak je kott...ulor lipan tu ganti nama kepada orang yang tak ada bersama kita ketika kita sedang makan sesuatu lebih-lebih lagi kalau itu juga makanan kegemarannya.. tinggalkan sikit takut kempunan...gitulah.... tapi sebenarnya lumrah naluri seorang emak akan teringat kepada merreka yang tak dapat bersama semasa sedang makan...wallahu 'alam..

Tiada ulasan: